Make your own free website on Tripod.com

Antara Muka Tahun menyediakan tahun 1 hingga tahun 6 bagi sekolah rendah dan tingkatan 1 hingga tingkatan 3 bagi sekolah menengah. Nama sekolah dan nama peperiksaan atau ujian boleh diubahsuai dengan mengklik menu setting maklumat.

Program exampro versi 3.20 ini menyediakan dua kaedah mengisikan markah. Kaedah pertama ialah menggunakan satu komputer sebagai komputer induk. Ini bermaksud semua guru terpaksa mengisikan markah kelas masing-masing dalam satu komputer secara bergilir-gilir. Kaedah ini kadang kala menimbulkan masalah pada guru kelas.

Kaedah kedua ialah menggunakan satu komputer sebagai komputer induk dan guru boleh mengisikan markah kelas masing-masing menggunakan komputer peribadi. Kaedah ini boleh dilakukan dengan mengambil fail kelas masing-masing (cth: 1A.xls) dengan mengklik menu ambil kelas dan pilih tahun dan kelas guru. Fail kelas guru akan dipindahkan ke dalam disket A:\. Guru boleh mengisi markah menggunakan disket tersebut di komputer peribadi. Setelah itu guru perlu mengabungkan kelas guru dalam komputer induk dengan mengklik gabung kelas dan pilih tahun kelas guru. Fail secara automatik bergabung dengan fail dalam komputer induk.

KEMBALI