Make your own free website on Tripod.com

MANUAL PENGGUNAAN PROGRAM EXAMPRO VERSION 3.20

 

PENGENALAN

 

Program ini telah dibangunkan bagi mengatasi masalah pengiraan markah peperiksaan secara manual. Melalui program ini guru dapat mengetahui Kedudukan murid dalam kelas (KDK) dan kedudukan murid dalam darjah (KDD) secara automatik, tanpa meminta guru berkumpul untuk mengetahui kedudukan murid setiap akhir peperiksaan dan ujian. Di harap program yang diberikan percuma selama setahun ini dapat membantu kelancaran pengurusan peperiksaan di sekolah cikgu.

 

Iklhlas.

Abd Razak Sulaiman

Sekolah Kebangsaan Telok Pulai, Klang.

016-3694384.

 

MUAT TURUN (DOWNLOAD)

Apabila program ini telah dimuat turun. Sila unzip fail ini dan klik icon setup. Program ini akan automatik diprogramkan dalam komputer anda

 

LANGKAH PENGGUNAAN 1 (PENTING)

Sebelum menggunakan program ini,anda perlu membetulkan setting program excel dalam komputer anda. Ini kerana program ini dijalankan menggunakan pengaturcaraan VB Excel. Langkah yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:-

 

1.     Klik program Excel

2.     Klik pada menu Tools

3.     Pilih Option dan klik

4.     Pilih Tab Security dan klik

5.     Pilih butang Macro Security dan klik

6.     Pilih Medium atau Low dan klik OK.

a.      Jika anda memilih Medium, setiap kali program ini dilancarkan terdapat arahan enable macros dan disenable macros. Anda perlu klik enable macros untuk menggunakan program ini.

b.     Jika anda memilih Low. Excel secara automatik melancarkan program ini.

c.      Anda tidak perlu bimbang program ini bebas dari virus dan VB Excel yang digunakan adalah sah.

 

Diharap anda dapat mencuba program ini.

 

LANGKAH PENGGUNAAN 2

 

Program ini mempunyai 3 antaramuka (interface) iaitu:-

 

  1. Antaramuka Tahun, yang memaparkan menu Tahun 1 hingga Tahun 6
  2. Antaramuka Darjah, yang memaparkan menu Darjah 1 hingga Darjah 6
  3. Antaramuka Kelas, yang memaparkan Kelas A hingga Kelas J (10 kelas).

 

ANTARAMUKA TAHUN                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            

 

Dalam antaramuka ini terdapat 4 menu arahan iaitu :-

 

  1. Keluar- arahan untuk “close” program excel
  2. Setting Maklumat:

                                                              i.      Arahan ini digunakan utuk mengisi Nama sekolah dan peperiksaan.

  1. Ambil Fail Kelas:

                                                              i.      Program ini menyediakan 2 pilihan dalam pengisian markah iaitu markah diisi menggunakan satu komputer (komputer induk) bermaksud semua cikgu kelas akan mengisi markah secara bergilir-gilir menggunakan satu komputer atau mengisi menggunakan komputer masing-masing dan kemudian digabungkan dalam komputer induk.

                                                            ii.      Jika anda memilih untuk mengisi markah menggunakan komputer masing-masing, arahan ini akan meminta anda memilih tahun dan kelas anda. Contoh Kelas 1A bermaksud kelas pertama dalam tahun Satu. Pastikan Disket telah dimasukkan dalam Floppy Drive. Kemudian anda boleh mengisi markah di komputer rumah anda.

  1. Gabung Kelas:

                                                              i.      Arahan ini akan mengabungkan fail kelas anda yang dibuat di komputer peribadi ke dalam komputer induk. Anda dikehendaki memilih tahun kelas anda dan klik. Pastikan disket kelas anda telah dimasukkan dalam floppy drive.

                                                            ii.      Program akan secara automatik menyimpan dan memberikan kedudukan dalam darjah (KDD)

 

AMARAN: ANDA DILARANG MENUKAR NAMA KELAS YANG TELAH DITETAPKAN CONTOH: KELAS 1A TIDAK BOLEH DITUKAR NAMA (RENAME) KELAS 1 AMANAH. JIKA ANDA BERBUAT DEMIKIAN PROGRAM TIDAK MENGENALI KELAS YANG DITETAPKAN.

 

 

ANTARAMUKA DARJAH

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Antaramuka Darjah menyediakan 10 kelas pilihan bermula dari A hingga J.Terdapat 5 menu disediakan, iaitu :-

a. Keluar- arahan untuk close program

b. Preview Statistik-

Arahan untuk memaparkan statistik bilangan murid mengikut bangsa, peratus pencapaian gred , graf dan senarai nama 10 murid terbaik dalam darjah. Arahan ini boleh dicetak dengan mengklik butang “print”.

   

c.      Preview Keputusan Keseluruhan-

Arahan untuk memaparkan senarai penuh keputusan seluruh darjah. Senarai ini juga memaparkan kelas murid pada tahun hadapan menggunakan kaedah streaming kedudukan cemerlang hingga lemah. Setiap kelas ditetapkan bilangan seramai 40 orang.

 

d.     Ke Menu Utama- arahan untuk ke Antaramuka Tahun

e.      Setting maklumat –

Arahan untuk menamakan sekolah, peperiksaan dan kelas. Contoh Kelas 1A dinamakan 1 Amanah dan sebagainya.

 

 

ANTARAMUKA KELAS

 

Antaramuka Kelas menyediakan 6 menu arahan iaitu:

 

Apabila anda aktifkan program kelas. Terdapat arahan yang meminta anda update atau tidak. Sila Klik Update dan kemudian klik countinue.

 

 

  1. Menu Cetak Marksheet dan Slip-

Dalam menu ini terdapat 4 jenis cetakan iaitu:-

                                                              i.      Cetakkan Marksheet Ikut Abjad

                                                            ii.      Cetakkan Marksheet Ikut Nombor

                                                          iii.      Cetakkan Graf

                                                          iv.      Cetakkan Slip nama murid.

 

  1. Menu Setting Marksheet-

Dalam menu ini terdapat 2 arahan iaitu :-

                                                              i.      Setting Maklumat- untuk mengubah nama peperiksaan, nama sekolah,nama guru besar,nama guru kelas dan nama kelas.

                                                            ii.      Isi Senarai Nama Murid- untuk mengisi nama murid. Anda perlu melengkapkan ruang jantina dan bangsa. Susunan ini akan disusun secara automatik mengikut abjad dalam kumpulan lelaki dan perempuan.

                                                          iii.      Adalah diingatkan Nama murid perlu diisikan dahulu sebelum memasukkan markah. Jika terdapat ada nama murid yang tertinggal dan markah kelas telah diisikan, anda terpaksa memadam semua markah yang telah diisi dan kemudian baru masukkan nama murid yang tertinggal itu. Jika anda tidak berbuat demikian kedudukan nama dan markah kelas menjadi tidak betul. Jadi Pastikan nama diisikan dahulu sebelum markah.

  1. Padam Marksheet- Menu untuk memadamkan semua markah secara automatik.
  2. Simpan- Save
  3. Keluar- Close
  4. Menu Utama- arahan ke AntaraMuka Darjah

 

 

 

 

KEMBALI